Data Peribadi | Tiada kebocoran maklumat pelanggan – Astro

2022-12-30 0

Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan berlaku kebocoran maklumat peribadi pelanggan mereka, tanpa kebenaran.

Astro dalam satu kenyataan menjelaskan, berdasarkan penyiasatan terkini, pihaknya percaya tiada sebarang informasi sulit para pelanggan dibocorkan.